Akhlak Mahmudah dan Mazmumah

SOFT PULSA - Supplier Agen Pulsa Elektrik dan PPOB

Ajaran islam adalah ajaran yang bersumber pada wahyu Allah, Al Qur’an dalam penjabarannya terdapat pada hadis Nabi Muhammad SAW. Masalah akhlak dalam Islam mendapat perhatian yang sangat besar. Berdasarkan bahasa, akhlak berarti sifat atau tabiat. Berdasarkan istilah, akhlak berarti kumpulan sifat yg dimiliki oleh seseorang yang melahirkan perbuatan baik dan buruk. 

Konsep Akhlak menurut Al-Ghazali adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya lahir perbuatan yang mudah tanpa pertimbangan pikiran terlebih dahulu. Akhlak meliputi jangkauan yang sangat luas dalam segala aspek kehidupan. Akhlak meliputi hubungan hamba dengan Tuhannya (vertikal) dalam bentuk ritual keagamaan dan berbentuk pergaulan sesama manusia (horizontal) dan juga sifat serta sikap yang terpantul terhadap semua makhluk (alam semesta). 

Bagi seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW karena sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. 

Allah Subhana Wa Taalah sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad SAW di dalam Al- Quran sebagaimana firman-Nya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.” (Al-Qalam:4) 

Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk berakhlak baik seperti yang terkandung dalam hadis: “Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya.” 

Akhlak Mahmudah 

Akhlak-akhlak baik (mahmudah) meliputi : ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut kemurkaan Allah), Roja’ (mengharapkan keridhaan Allah), jujur, adil, amanah, tawadhu (merendahkan diri sesama muslim), bersyukur dan akhlak terpuji lainnya. 

Akhlak Mazmumah 

Selain menjaga akhlak mahmudah, seorang muslim juga harus menghindari akhlak mazmumah (akhlak tercela) yang meliputi: tergesa-gesa, riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain), dengki (hasad), takabbur (membesarkan diri), ujub (kagum dengan diri sendiri), bakhil, buruk sangka, tamak, pemarah dan akhlak tercela lainnya. 

Sifat-sifat Mahmudah 

Taubat ialah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya (taubat Nasuha). 

Zuhud ialah satu corak kehidupan insane mukmin yang mengekang jiwadaripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik. 

Takut Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-sifat Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan perkara dosa atau perkara yang dilarang oleh Islam. 

Mahabbah (cinta Allah dan Rasul) ialah kasih seorang mukmin kepada Allah dan RasulNya melebihi segala yang lain. Melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela mengorban dirinya ke jalan Allah. 

Sabar ialah separuh dari iman. Sabar juga adalah susah untuk dipraktikkan dalam diri seseorang kecuali mukmin yang kuat imannya dan redho segala ujian dari Allah. 

Syukur ialah seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya. 

Ikhlas dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau pekerjaan agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah seolahnya Allah berada dihadapan kita. 

Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha. 

Reda dengan qadak Allah ialah salah satu daripada sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar. 

Mengingati mati ialah mukmin yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang pintar, kerana mereka sentiasa bersedia untuk mati dengan segala ibadah yang dilaksanakan. Sifat Mazmumah

Gemar Makan dan Minum. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang terlebih Afdal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

Banyak berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang laqa (lalai) seperti mencaci orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”. (An-Nisa : 114)

Marah ialah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian, selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

Hasad dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

Kasih kepada harta ialah seseorang yang memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

Takbur, punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. Riyak, orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

Ujub ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

Kasih akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Firman Allah yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.”(Al-Hadid : 20) Nasihat dan Peringatan

Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau nama-nama tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua.

Kecuali kita jadikan ulama atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulama adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulama sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.

Ulama yang di maksud ialah ulama atau ahli agama yang benar-benar berjalan di jalan Allah yang mempedomani Alqur’an, hadits atau mujtihad sebagai dasar dalam bertindak dan mengambil keputusan soal hukum agama dan bukan mereka yang mengaku ahli agama dengan tujuan mempengaruhi umat manusia untuk mengikuti ajaran mereka sendiri ajaran yang mereka ciptakan untuk menyesatkan umat manusia seperti yang banyak terjadi saat ini

Sumber: https://sumsel.kemenag.go.id/files/sumsel/file/file/MIN2PLG/khjl1336666539.pdf.

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Cari Artikel